HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BERAKOHOL.
Soalan:
Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol
dalam solat?
Jawapan:
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi
beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut
alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu
najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah
kekotoran (‘rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90)
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih
al-Bukhari dan Muslim:
“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab,
bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas :
“Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan
menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu
basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam
As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan
bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak
adalah kernana ia dihukum sebagai najis”
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah
menyebut bahawa arak adalah Najis.
Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh
(6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju
seseorang, maka solatnya menjadi batal.
Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat
al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis
boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”
Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh
Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama,
al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia
jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan
kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam
minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam
arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya
sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak,
malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin
boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah
dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya
berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh
guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh
Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK
RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU
BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa
di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan
saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. Jawapan saya
hanya menumpukan isu hukum alkohol.
Sumber : PerfumesMalaysia
0 comments:
Post a Comment