• Dheyaul Clothing is a blog that sells products related to Islamic and fashion trends as well as a blog to spread the Islamic Da'wa to all Malaysian Ummah .

    JANGAN TIDUR SELAGI ANDA BELUM MELAKUKAN PERKARA INI.


    (For those who didn't understand Malaysia language, you can use google translate for it. Jazakallahu Khairan Kasira )


    Tidur adalah perkara asas dalam kehidupan manusia dimana semasa tidurlah kita akan dapat merehatkan diri kita dari segala kerja kehidupan di dunia. Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim jangan kita lupa bahawa ketika tidur juga kita boleh melakukan ibadat dengan pelbagai amalan sebelum tidur. Jadi,post pada hari ini adalah sebuah pesanan kepada semua umat Islam agar melakukan seperti apa yang dipesan oleh  Rasulullah kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

    1. Sebelum khatam Al Qur’an,
    2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
    3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
    4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah…. 
    Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah :

    1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur’an.
    2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
    3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
    4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
    Mudah bukan? jadi, marilah kita amalkan setiap hari . 




    0 comments:

    Post a Comment